Wednesday, April 30, 2008

Untuk Apa Lagi...???


Salam perpisahan
Buat yang tersayang... sahabat rakan dan taulan
nun jauh dipandangan... jauh lagi disanubari
Di sini ku coretkan
secebis nota terakhir
khas buat tatapanmu

bukan tuk bermaafan.. dan bukan itu yg ku pinta
kerana ku tahu.. tiada maaf bagiku
insan yg sering melukai mu

dan bukan pula tuk ku menodai mu
kerana bagi ku.. kau lah satu-satunya
yang ada tuk ku bermanja dan berduka lara

dan
Tiada apa tuk ku katakan lagi
Tiada rahsia tuk ku nyatakan
Tiada janji tuk ku kotakan
Tiada khabar tuk ku kirimkan

Ku kan pergi
dan bukan maksud ku tuk ku pergi
walau hanya seketika cuma
tapi ku akur
kerana ku tau.. itulah kemahuanmu

Terima kasih wahai Blog ku
Kerana izinkan ku pergi
Semuanya demi cinta ini
bukankah begitu?

Di saat dan ketika ini
ku mengerti.. ku pasti
Lambaian Redang menunggu kehadiran ku
dan untukmu.. kan ku hadiahkan sebuah coretan
coretan tentang kita.. semuanya tentang kita
tentang seribu satu kemanisan
untuk kau hayati sepanjang permergianku
hanya untukmu

Ditujukan khas buat Blog yg tersayang... miahaha~~

Background Musics:
Iklim - Blues Terengganu kita, Datang dan Pergi

2 comments:

Anonymous said...

ini lagu ke atau just a poem? I like some of the wording.... if this is a song.. lagu siapa?.... thanks...

Guyd@Costa said...

hehe... ni idea spontan jan... ditujukan khas utk blog nie... kerana jan akan tinggalkan dia mlm nie.. hehe~~ nk pi pulau redang.. so no post from me for few days. but i'll be back later for sure..

btw, terima kasih bebyk kerana sudi singgah.. so glad u did. thanks kak zeah.