Monday, January 07, 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki

Sementara laptop pinjaman berada di atas kaunter nie.. bolehlah aku berceloteh sensorang menghilang rasa bosan.. bertambah asyik dengan alunan zikir munajat oleh ustaz dzulkarnain dan berlatar titisan hujan yang renyai2.. syahdu. mengingatkanku tentang kebesaranNya.

terasa jauh diri ini denganNya.. bukan Allah yang jauh, tapi diri ini yang menjauh.. seakan lupa dan alpa dengan nikmatNya.. dosa mengunung tingginya.. namun Dia tetap menyayangi hambaNya ini.. lantas diri kerdil ini memanjat kesyukuran di atas nikmat dan pemberianNya. memang tak terhitung byknya.

Mudahnya menjemput rezeki... judul sebuah buku. amat ringkas dan sangat mudah tuk difahami. (itu je yg aku dapat komen) nak lebih2, aku x reti, aku bukanlah pengkritis.. tapi aku rekemen buku ni kepada sesiapa saja.. seronok membacanya.. xmahal mana pun RM18 je. banyak ilmu dan pengajaran dapat diambil.. kekadang tu kita dh tahu, tp saja buat2 xtahu.. may be dengan membaca buku ini dapat membuka mata hati dan pandangan kita untuk mengamalkannya..insyaallah.

Selepas membaca buku ini, entahlah terasa diri semakin dahaga akan ilmu.. tercari2 sesuatu yg mungkin sekian lama telah hilang..



p/s: xleh nk berceloteh pjg plak.. tetiba ramai customer ke hulu ke hilir..

No comments: