Monday, November 18, 2013

Aku, Guru & Kerjaya

Terasa sebak plak membaca sajak peninggalan arwah nie... perginya tiada pengganti.. hilangnya akan dingati. di bibir ayah terukir kata," seorang tiada seakan sepuluh yg telah pergi", betapa sunyi dirasakan. dan di mata mak berkaca.. mengulanginya kata arwah, "biarlah kita pergi dulu, kita redha... xdelah kita sedih bila mak ayah tiada". doa dan bacaan yasin xputus dihadiahkan kepada arwah sepanjang pemergiannya... semoga arwah bahgia di sana. amin.


Kelmarin...
Aku adalah budak hingusan,
Yang sentiasa bersama kenakalan,
Yang hanya kenal satu hingga sepuluh,
Yang hanya kenal ayah, ibu, kakak abang,
Yang hanya kenal apa itu teady bear.

Mereka sentiasa menjagaku,
Sejak lahirku,
Yang mengajarku apa itu solat dan
Apa itu puasa,
Yang mengajarku erti sopan.

Namu hari ini,
Aku bergelar pelajar,
Yang kenal apa itu a, b, c,
Yang baru kenal apa itu guru.

Hari ini juga,
Aku telah mengenal apa itu bahasa,
Apa itu sejarah,
Apa itu agama,
Dari apa itu kehidupan alam,

Kerana apa,
Kerana engkau wahai guru,
Yang sentiasa mendampingku,
Diam yang setia & tetap,
Tidak mengenal erti jemu & lelah,
Tidak bencikan aku tetapi menyayangiku,

Keranamu jua,
Aku kini bergelar sarjana,
Keranamu jua,
Aku kini bergelar manager,
Dan keranumu jua,
Aku kini bergelar usahawan.

Aduhai guru,
Di manakah harusku letakkan mukaku ini,
Sekiranya aku bergelar pencuri,
Sekiranya aku bergelar penagih,
Kerana itu bukan salahmu,
Aku harus dipersalahkan.

Guru...
Titik pertemuan kita di sekolah,
Titik perpisahan kita entah di mana,
Namun titik ajaran pertamamu,
Tetap tersemat dikalbu,
Pelajaran yang mengenal
Apa itu jasa guru...  

Monday, November 04, 2013

Al Fatihah Buat Kak Cik

Jumaat malam 4 Oktober 2013 bersamaan 1 Zulhijjah 1434H, kak cik ku pergi buat selamanya... alfatihah.
sudah genap sebulan. terasa dia baru pergi semlm meninggalkan kami semua, kami redha dengan pemergiannya untuk bertemu dgn maha penciptanya. semoga arwah bahagia di alam sana dan ditempatkan dikalangan para solihin. walaupun kadang2 sebak mengingatkan gurau senda arwah... even rumah pun rasa sunyi semenjak ketiadaanya. mak ayah masih x lekang bercerita ttg arwah itu ini, kadang2 sebak. sabar lah mak. sabarlah ayah. doakan saja kak cik lebih bahgia di alam sana dari hidup menderita sedemikian rupa. selama 4 thn menanggung sakit yg xberkesudahan. alhamdulillah, bacaan yasin dan alquran senantiasa dihadiahkan kepada arwah. kadang2 ada kelapangan aku ikut ayah menziarahi kubur arwah.

ya allah, kau tempatkanlah kakakku dikalangan orang2 yg soleh dan jauhi lah dari seksamu. semoga dia beroleh ketenangan dan kemenangan di sana.

p/s: alfatihah.  

Tuesday, August 13, 2013

Rumah Terbuka kali ke-3 2013

5th raya. buat rumah terbuka buat kali ke3 kot dlm sejarah family. bila dh kali ke3 ni, organize la sket.. xmcm sebelum ni la.. kalut. hidangan xcukup. mcm2 hal dan ragam. sib baik la adik beradik ramai saling tolong dan membantu walau ada lah salah faham sket2. hari baik hari gembira. xleh la masam2 muka. mesti kena ceria kan... masing2 ada tugas.

memang klakar kalu diingatkan balik open house yg lepas2. yg 1st tu, aku hanya sempat berkain pelaikat. xdan nk tukar seluar pun, memanjang dok kt dapur.. buat itu and ini. sebabnyer.. buat tempahan nasi dagang hanya segantang.. aduiiyaa. x smpai kol 11, dh habis. laksa pon xcukup, satay habis. memang kalut didapur tanak nasik dan bagai2 lagi buat preparation.. mmg jd chef bidang terjun la.. masak air and buat air lagi.. semuanyer xstandby. sampai kol 2ptg aku dh tertiarap atas sofa. keletihan. pastu aku xtau apa jadi. sedar2 dlm kol 6ptg. semua dh setel kemas. hehe.

yg taun lepas nyer.. ok la sket. ada sedikit preparation yg sepatutnya. nasi dagang 5 gantang. hehe. ditambahnye ngan menu2 lain. sampai x habis kot.. haha terlebih plak. yg sedihnye dua kali rumah terbuka, xde sorang plak member aku datang bertandang.

so kali ni ada la jemput kekawan kt fb. ingatkan at least ada la 5 org dtg.. tp 2 org je.. ok la tu kan.. mat duan ngan gmie. sorang pegawai bank rhb sorang cikgu kt cameron. im happy and thanks to both of u. kawan2 sekampung pon ada gak dtg, mungkin aku je yg xbrape kenal org. mmg jenis x sosial aku nie. yg happy nyer, semua ingat jamuan kali ni skali ngan aku nye jamuan.. hikhik. sib baik si dia xdpt dtg. dh keje pn. mak awal2 lagi pesan, jemput la si dia tu.. wat pe malu2. sambil urut kaki dia pelbagai soklan yg diterjahnye.. mana yg tau aku jawab la.. mana yg x aku sengih. siap dia perli, kamu ni kenal si dia dh brape lama.. itu xtau ini xtau. hikhik. iye lh, aku apa pun x tau and x kenal keluarga dia. aku ada bukak fb and tunjuk je kt mak her photo.. so thats it. back to topic.

yg aku tau, menu kali ni memang byk, nasi dagang, nasi minyak, laksa penang + laksa trg, lontong, bihun goreng+kopok, satay, ketupat+rendang, tapir pulut, kek lapis, fruit punch, air sirap soda. apatah lagi.. so alhamdulillah. cukup. semua org lebih rilex... siap boleh lyn tetamu yg dtg bertandang. start kol 9.30pg sampai kol 5ptg. dalam 5.30ptg semua siap kemas dh. majlis berjalan lancar.

tapi seingat aku la.. menu utama memang x berubah dari tahun2 lepas.. haih... heran aku. sama je. aku siap tegur xmo ubah ke menu nyer.. tiap2 tahun pon sama, naik cemuih plak.. dijawabnyer org kata sedap menu or masakan tu.. iye lh kn xkan la org nk kutuk plak.. harap2 thn seterusnya ada perubahan menu plak. buat spagheti ker, nasi arab ke, beriani ke, nasi khoumok ke, nasi kerabu ke.. laksan ke.. buat abc, cendol.. pepe je lah asal lain dr thn sebelumnyer. best per.. setahu aku xpernah plak pi rumah terbuka org buat menu yg sama je..

p/s: taun ni aku cuti raye mmg lame giler.. seminggu lebih.. :))

Monday, August 05, 2013

Diari Ramadhan 5

Mlm 27 ramadhan. Jam dh kol 3.30pg lebih... mata stil xnak lelap.. ntah apa yg aku pikirkan.. mostly si dia la.. ya allah ampunkan daku kerna lalai dari mengingatiMu.. hurmm dh xlarat nk paksa tuk tido, xmo jugak..nk menangis pon ada.. kan ada yg tak terkejut nanti, dh pasang niat nk bgn kol 4 lebih.. nk buat solat sunat tahajjud. malam sebelum2 ni alhamdulillah. xde plak masalah. dlm kol 3pg gitu after 2 or 4 rakaat solat sunat hajat aku boleh tido lenanya. dlm kol 4.30pg lebih, automatically terjaga... alhamdulillah, mudah sgt nk bgn bulan pose nie.. yg penting niat... harap2 lepas nie berkekalan la..

my cycling activity, dh totally paused since 10 mlm terakhir bermula.. mula2 nyer sebab hujan, tiba2 terpikir mungkin ada hikmahnya.. maybe nk suruh aku tumpu kt ibadat kot.. pasal biz pn aku x pikir sgt.. sepanjang ramadhan ni, bukak kedai ala kadar aje, aku bukak lepas zohor sampai 6.30 ptg. then sambung balik lepas terawih sampai la dlm kol 12.30 pg. xramai sgt org, boleh la tumpukan pada bacaan alquran sambil2 dok kt kaunter tu. alhamdulillah dh khatam pun pd mlm 26 ramadhan. masa sgt flexible bile kerja sendiri kan.. hehe.. syukur. xde la rasa semacam kita mencuri masa semasa bekerja.. xlarat nk menjawab kt padang masyar nanti, hurmm secara x langsung rezki tu kurang berkatnya. x gitu? so kepada korang yg bekerja dengan kerajaan ke swasta ke.. masa bekerja jgn sibuk nk berblog je, sibuk ber fb ke, sibuk bewassup ke, sibuk tang itu sibuk tang ini.. itu pendapatan korang, rezki korang, pastu dengan hasil tu korang suap anak bini plak.. haa pikir la sendiri.

ni pun nk tunggu waktu dhuha.. sempat la update blog, rasanye solat sunat ni la plg sukar tuk aku amalkan.. dari dulu lg akak aku dok bebel suruh bgn pagi2, amalkan. byk kelebihan nya. aku tau, tp ya allah xtau la nape.. kadang2 aje aku buat. degil sgt. ya allah Kau permudahkan lah segala urusan ku, buka kan lah pintu hatiku.. beri kan lah hidayahMu.

bukan nk banggakan diri ke apa, semoga ianya menjadi panduan dan peringatan pada masa2 hadapan. lepas solat sunat dhuha baru sambung tdo.. sebab tu la aku bukak kedai lepas zohor.. hehe.

p/s: alhamdulillah terkejut gak aku dlm kol 5pg, tp aku pun x sure aku tido ke idak, aku cuba pejam sedaya upaya... even terasa otak masih aktif berpikir.. yg aku sendiri pon xpasti. hanya mengharap segala amalanku diterimaNya.

Sunday, August 04, 2013

2nd hand goes to 3rd hand

I bought 2nd handphone for my sis, samsung galaxy s3 mini. dah tiap2 kali aku balik dia dok bising, tipon dia always hang x leh nk main game itu ini and whatsoever. tipon asalnya galaxy s2, adik dh kebas.. bertuah punyer adik. pastu digantinya ngan galaxy y kalu x silap. bijak2.


pastu aku tya la dia ske ke tak? slambe kodok dia jawab, abg aku amik and pakai. aku like wth!!! ske2 hati je dia bagi kt org lain.. dh aku beli khas tuk dia.. well its my long and short term investment actually.. hehe.. ada udang disebalik batu gitu..tp diam2 sudaa la. sib baik ni bulan pose bulan mulia bulan rahmat.. sabar je lah. tp aku bising gak la... stil x puas hati.. akak aku ckp, xpelah yg ni pon blh pakai lagi.. pastu siap tya how much does it cost me, she want to pay back.. aku cakap xyah but she stil insist. tp siap la dia kalu dia bising pasal phone dia. time aku balik rumah konpem tipon aku jadi mangsa. haih... sabau je lh.