Monday, November 18, 2013

Aku, Guru & Kerjaya

Terasa sebak plak membaca sajak peninggalan arwah nie... perginya tiada pengganti.. hilangnya akan dingati. di bibir ayah terukir kata," seorang tiada seakan sepuluh yg telah pergi", betapa sunyi dirasakan. dan di mata mak berkaca.. mengulanginya kata arwah, "biarlah kita pergi dulu, kita redha... xdelah kita sedih bila mak ayah tiada". doa dan bacaan yasin xputus dihadiahkan kepada arwah sepanjang pemergiannya... semoga arwah bahgia di sana. amin.


Kelmarin...
Aku adalah budak hingusan,
Yang sentiasa bersama kenakalan,
Yang hanya kenal satu hingga sepuluh,
Yang hanya kenal ayah, ibu, kakak abang,
Yang hanya kenal apa itu teady bear.

Mereka sentiasa menjagaku,
Sejak lahirku,
Yang mengajarku apa itu solat dan
Apa itu puasa,
Yang mengajarku erti sopan.

Namu hari ini,
Aku bergelar pelajar,
Yang kenal apa itu a, b, c,
Yang baru kenal apa itu guru.

Hari ini juga,
Aku telah mengenal apa itu bahasa,
Apa itu sejarah,
Apa itu agama,
Dari apa itu kehidupan alam,

Kerana apa,
Kerana engkau wahai guru,
Yang sentiasa mendampingku,
Diam yang setia & tetap,
Tidak mengenal erti jemu & lelah,
Tidak bencikan aku tetapi menyayangiku,

Keranamu jua,
Aku kini bergelar sarjana,
Keranamu jua,
Aku kini bergelar manager,
Dan keranumu jua,
Aku kini bergelar usahawan.

Aduhai guru,
Di manakah harusku letakkan mukaku ini,
Sekiranya aku bergelar pencuri,
Sekiranya aku bergelar penagih,
Kerana itu bukan salahmu,
Aku harus dipersalahkan.

Guru...
Titik pertemuan kita di sekolah,
Titik perpisahan kita entah di mana,
Namun titik ajaran pertamamu,
Tetap tersemat dikalbu,
Pelajaran yang mengenal
Apa itu jasa guru...  

Monday, November 04, 2013

Al Fatihah Buat Kak Cik

Jumaat malam 4 Oktober 2013 bersamaan 1 Zulhijjah 1434H, kak cik ku pergi buat selamanya... alfatihah.
sudah genap sebulan. terasa dia baru pergi semlm meninggalkan kami semua, kami redha dengan pemergiannya untuk bertemu dgn maha penciptanya. semoga arwah bahagia di alam sana dan ditempatkan dikalangan para solihin. walaupun kadang2 sebak mengingatkan gurau senda arwah... even rumah pun rasa sunyi semenjak ketiadaanya. mak ayah masih x lekang bercerita ttg arwah itu ini, kadang2 sebak. sabar lah mak. sabarlah ayah. doakan saja kak cik lebih bahgia di alam sana dari hidup menderita sedemikian rupa. selama 4 thn menanggung sakit yg xberkesudahan. alhamdulillah, bacaan yasin dan alquran senantiasa dihadiahkan kepada arwah. kadang2 ada kelapangan aku ikut ayah menziarahi kubur arwah.

ya allah, kau tempatkanlah kakakku dikalangan orang2 yg soleh dan jauhi lah dari seksamu. semoga dia beroleh ketenangan dan kemenangan di sana.

p/s: alfatihah.